Assalamualaikum w.b.t
Cinta?
Yes, cinta itu ada dalam setiap manusia. Satu perasaan yang yang YANG YANG sangat indah. Semua orang nak rasa perasaan cinta. Cuma, bagaimana cinta sekarang digunakan?
Zaman dulu, cinta begitu dipelihara. Cinta itu tulus, dan satu perasaan yang sentiasa dijaga dan dikekalkan. Tapi dunia hari ini menceritakan apa yang sebaliknya. Cinta disalah ertikan. Cinta menjadi kotor. "Cinta itu buta" kata orang.
Jadi, bagaimana mahu memiliki cinta yang tulus dan indah rasanya?
1. Terletak pada diri kita sendiri dan juga pasangan anda.
Bukan senang mahu memupuk cinta itu. Cinta hadir tapi ingat, ia juga boleh pergi. Lihat sahaja pasangan yang berpisah walaupun dahulu bercinta bagai nak rak.
Usahkan itu, lihat pasangan yang bercerai. Statistik penceraian di kalangan rakyat Malaysia makin meninggi saban hari. Kerana apa? Kerana tidak berjaya mempertahankan cinta.
2. Cinta juga tidak terletak pada paras rupa.
Dahulu semasa saya kecil, saya membelek majalah ibu saya. Ada ruangan di mana pasangan akan memaparkan gambar perkahwinan mereka. Ada yang sepadan, ada yang tidak. Saya berfikir "Kenapa si suami yang kacak ini memilih isterinya yang rupa parasnya biasa-biasa sahaja?". Apabila meningkat dewasa, baru ku sedar bahawa rupa paras itu tidak penting. Yang penting perasaan dan personaliti pasangan itu sendiri. Mungkin lelaki itu jatuh cinta pada personaliti wanita itu. Indah bukan begitu?
3. Bersediakah anda untuk menerima cinta?
Tanya diri anda itu sendiri. Adakah anda bersedia? Atau menerima semua lelaki/wanita yang menawarkan hatinya pada anda? Mampukah anda menjadi kekasih/isteri/suami yang hebat? Mampukah hubungan dengan si dia yang melamar hatimu ini bertahan hingga ke perkahwinan? Jika masih muda dan jalan masih jauh, diharap bersabar. Makin jauh perjalanan bukankah membuatkan kita letih dan bosan apabila menaiki kereta atau apa2 sahaja kenderaan? Jadi, sabar dahulu sarananku.
4. Kekalkan cinta itu.
Kadangkala tugasan dan kerja membuatkan anda terleka dan terlupa seseorang yang menunggu panggilan anda. Ataupun tidak menumpukan perhatian pada si dia. Kekalkan cinta itu sepertimana sepatutnya. Layanan harus sama. Jika mahu di upgradekan lagi bagus, tapi jangan di downgradekan. Hairan kan bagaimana pasangan 80 tahun boleh bertahan dalam rumah tangga mereka? Dunia sekarang, tidak sampai setahun.
5. Tahu status anda dan berpegang padanya.
Status anda sebagai suami, isteri, gf dan makwe harus sentiasa di pegang dan diingati. "Aku isteri orang, tak boleh keluar berdua-duaan dengan Mamat ni". "Eh, ada lelaki hensem PM la dalam FB, tak boleh layan. Nanti merajuk bf aku". Janganlah melayan mereka-mereka yang mahu mencuba andai anda mahu hubungan diselamatkan. Jaga hati dan perasaan pasangan akan memperkukuhkan hubungan anda.
Till then.
Assalamualaikum w.b.t
No comments:
Post a Comment