Saturday, 16 February 2013

Buat Lipstik Sendiri

Assalamualaikum w.b.t.

Saya ada lipstik yang saya beli tapi tak pakai.
Mungkin sebab warna dia dan juga effek pada bibir saya yang tak seswaii.
Jadi satu hari saya buka TV dan tengok rancangan Bella di NTV7.
Dalam paparan haritue, dia tunjuk cara-cara nak buat lipstik sendiri.

 (maaf tiada gambaq)

Alat-alat yang digunakan:

1. Pisau lipat
2. Bekas kecil yang tahan panas atau tahan microwave
3. Sudu kecil
4. Lipstik yang tidak digunakan (boleh gabung2 lipstik)
5. Madu (opt)
6. Minyak zaitun (opt)
7. Vaselin / shea butter/ beeswax (opt)
8. Bekas lipbalm (cream case atau contact lens pun boleh)

*(opt) adalah optional. Jika tidak mahu guna pun boleh.

Mana-mana bahan yang dirasakan sesuai untuk bibir anda juga boleh digunakan.
Kan nak buat lipstik sendiri? hee

Cara-caronya~

1. Potong lipstik yang tidak digunakan menggunakan pisau dan letak di dalam bekas kecil yang tahan panas.

2. Masukkan semua bahan-bahan seperti madu, minyak zaitun, vaselin pada amount yang anda kehendaki. (2 titik sudah cukup bagi madu dan minyak zaitun manakala vaselin hujung sudu kecil sudah memadai).

3. Guna sudu kecil untuk menghancurkan lipstik tersebut.

4. Letakkan bekas tersebut di atas api mahupun ke dalam microwave.

* Microwave : Set pada HIGH dan panaskan dalam 2/3 minit.

5. Biarkan dia cair dan kacau sehingga semua sebati.

6. Setelah semua sudah cair dan sebati, padamkan api.

7. Tuangkan lipstik anda ke dalam bekas yang disediakan.

8. Biarkan lipstik anda sejuk.


Walaaahh! Siap sudaaa~




Tadaa, lipstik DIY saya~
Saya tak ada bekas untuk isi jadi saya guna CL cases saya. Kreatif tak?
Sebenarnya boleh guna bekas-bekas kecil yang bersesuaian seperti bekas ubat atau bekas cream.



Close-up view lipstik saya.


Selamat mencuba!

Till then, 

Assalamualaikum.

3 comments:

  1. Boleh dapatkan bahan buat lipbalm dari saya,pembekal beeswax,shea butter,cocoa butter,jelly petroleum & lipbalm tube 019-5079197

    ReplyDelete
  2. Boleh dapatkan bahan buat lipbalm dari saya,pembekal beeswax,shea butter,cocoa butter,jelly petroleum & lipbalm tube 019-5079197

    ReplyDelete
  3. salam, selain panaskan menggunakan microwave, boleh tak guna air panas je? macam letak bekas adunan lipstick tu ke dalam satu lagi bekas berisi air panas?

    ReplyDelete