Saturday, 23 March 2013

Ya Allah, beri ku kekuatan untuk pakai stokin kaki


Assalamualaikum w.b.t

Dulu masa kecik2 hairan juga. Kenapa ada orang pakai stokin yang jarang kaler coklat tu?

"Tak leceh ke?" pemikiran ketika di alam remaja.

Apabila menginjak ke awal 20-an, persoalan "Mengapa perlu memakai stokin kaki?" menjengah.

Akhirnya, terjawab persoalan mengapa harus/wajib memakai stokin kaki ini.

Kerana AURATMU sayang.

Kaki juga adalah aurat. Semasa kecil, tidak aku mengetahuinya.

Tetapi apabila sudah besar, mencari kekuatan untuk memakainya susah. SUSAH. Bukan mudah.

Seperti orang yang sudah lama dengan tabiatnya, agak susah untuk mengubah pada mulanya tetapi perlahan-lahan juga dia menuju ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk memakai stokin kaki.

*Berasa malu dengan orang yang istiqamah memakainya.

Jazakallahu Khairan.

No comments:

Post a Comment