Sunday, 14 October 2012

Situasi ketika 'bergayut'


Assalamualaikum w.b.t semua!

Ini memang original saya yang karang.

Situasi-situasi yang berlaku ketika korang bergayut ngan bf/gf korang:

1. Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang henset korang. Sama ada tunggu panggilan ataupun korang yang akan call! Ada yang akan SMS tanya "Bz ke tak sayang? Nak call awak kejap. Nak dengar suara sebelum tidur." Ish3.

2. Bila bergayut kadang-kadang tak kira tempat. Banyak port yang korang nak conquer. Ada yang kat koridor. Ada yang depan pintu. Atas katil. Depan meja study. Macam2 tempat. Masa ni dah tak kesah pukul 2 3 pagi pun sanggup berjaga asal dapat cakap dengan buah hati. Kekasih punya pasal, hantu-hantu dah tak takut dah!

3. Bila dah lama gayut, suara kekasih hati pun macam slow dah. Suara dia menguap pun dah kali ke berapa dah dengar tapi sang kekasih masih nak cakap lagi. Cakap2 sampai tertido di atas katil padahal henpon masih melekat kat telinga. Esoknya, kekasih tanya "awak dah tido eh semalam? saya dengar bunyi awak berdengkur." Dah mengantuk tapi tak nak kecewakan kekasih hati yang merindui diri ini. 

4. Tengah syok2 dok gayut tetiba "tuuuttt" call putus. Mula try call balik kekasih anda. Tak dapat. Rupanya kredit habisss. Yang kekasih anda pun takde kredit jugak. Haa mulalah gabra mencari kredit di malam hari. Sanggup cari bilik kawan yang ada jual topup, minta kredit dengan celcom/maxis/digi. Lagi parah, minta mak,ayah,abang,kakak adik semualah tolong topupkan. Ish3 kenapa sampai camtu...

5. Bila syok bergelak ketawa, bermanja-manja tetiba roomate atau adik beradik anda nak tido. "Alamak,takkan aku nak bermanja-manja depan dia. Aish malulah. Nak gayut di luar bilik dah pukul berapa ni. Takut la pulak." Last choice, tarik selimut, ambik bantal cover lah apa lagi.

6. Masa awal-awal gayut cakap la benda harian yang dibuat. Makan apa, pergi mana, jumpa siapa. Aktiviti2 harian yang selalu dibuat pun akan ditanya. Biasalah, kita kena report pada pihak tersayang. Selepas part report, part gaduh2 manja pulak. Part yang terakhir part pujuk memujuk plak. Berpart2 la pulak nak bergayut nih.

7. Di tengah malam di rumah anda,anda akan cakap slowww yang mungkin agar mak dan ayah tak dengar perbualan anda. Bila dengar bunyi tapak kaki mak atau ayah, jantung rasa dup dapp sebab dah lewat malam gayut2 mau mak dan ayah tak marah. Nak bercakap pun sampai bisik2 dah. "Kejap ye abang, ayah lalu depan bilik tadi." Kihkihkih

8. Ada kes di mana korang gaduh besar masa tengah bergayut. Time ni kalau dah gaduh besar, matikan telefon antara solution yang selalu dibuat. Haa mulalah sang kekasih sibuk menelefon balik si pengarang jantung tadi tapiii dia dah off hp. Solution? Call roomate kekasih anda la supaya tolong bagi cakap dengan anda. Tak pasal2 jadi orang tengah. :)

9. Bila akhir perbualan, mestilah nak sebut "I LOVE YOU" and "I MISS YOU" kan kan? Tapi malu la nak sebut kuat2 depan orang kan? Jadi cakap pun pelan2 je. Sama je ngan "Mmmuuaahhh mmmuuaahh" korang. Malu tapi mahu bagi. Apa daaa~~~

10. Yang terakhir adalaaahhh.........."Awak letaklah dulu" "Ala,semalam saya dah letak dulu. Hari ni awak pula ye?" "Alaaa tak nak letak dulu...Nak awak letak dulu" "Ok2,kita letak sama2 ye? 1 2 3...........

Macam mana? Ada pengalaman? Ada yang terkena batang hidung sendiri? 



  Jazakallahu Khairan

Assalamualaikum w.b.t


No comments:

Post a Comment