GEMUK?
Anda berasa diri anda gemuk?
Ada banyak lemak di badan anda? Dan juga anda merasakan kegemukkan menyebabkan anda kelihatan tidak menarik?
*wah ayat macam nak jual produk.
Sebenarnya, saya pernah merasai semua itu. Sehingga sekarang pun.
Saya masa sekolah antara yang berbadan chubby. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah.
Biarpun berpindah sekolah, memang semua kawan2 saya kecil2 kurus2.
Saya je yang berat 50++ kilo. Agak tension di situ. Sangat tension.
Kenapa?
1. Nak lari ketika acara sukan atau PJ pun malu dan penat. Yelah macam badak berlari. Gegar habis tanah!
2. Rupa tak menarik. Double-chin juga nak ada kalau berbadan besar.
3. Low-confident. Saya berasa low-confident ketika di zaman habis sekolah disebabkan masalah ini.
4. Makan je kerja. Ingat tak terfikir nak kurus? Konon naik basikal 30 min kurus la tapi melantak macam2 kat pasar malam memang xjadi,
5. Tak pandai bergaya. Dah nak cari saiz baju/ seluar pun masalah apatah lagi nak bergaya.
See macam2 masalah. Ish3, kasihaaaannn.
Paling ketara masalah ini ketika saya belajar di UNIVERSITI.
Memang diakui, zaman itulah yang mencabar buat semua dan rata2 akan mengakui kemuncak kegemukkan adalah ketika di zaman UNIVERSITI.
Saya berada di semester 4 ketika itu dan sesaja la nak timbang badan. Bila timbang "Ohhh maayyyy. Kenapa???" Memang tak percaya berat sangat banyak. Saya tak puas hati saya Google cari BMI calculator.
HASILNYA ------------> OBESITI.
That time, it was lighting struck to my heart. I have become an Obese!
What should I do? I really need to cut down my meal and start diet. <=== I thought to myself.
Satu hari, saya Google diet plan yang ada. Mak aih, banyak betul sampai pening dibuatnya.
Google punya google + yahoo sikit2, saya terjumpa website Kevin Zahri. Dari situ saya sedar apa yang harus saya buat.
Banyak info, tips and success stories yang disharekan oleh orang yang dah turunkan badan.
Sampai berkilo-kilo baq hang. Memang success stories MEMOTIVATEKAN saya untuk kurangkan berat badan. Ini Kalilah! hahaha. Bukan main2 ni. Harus yang betul2.
And setelah dekat setahun berada dalam keadaan diet, hasilnya memang memuaskan. Dia tak jual produk taw, dia hanya jual e-books. Saya tak beli pun tapi saya boleh buat juga.
Antaranya tips saya:
1. Nasi kurangkan. Segenggam lebih okla.
2. Cut down soda @ air gas ni
3. Makan oat atau roti wholemeal
4. Banyakkan bergerak atau berjalan.
5. Minum air masak atau suam selalu
6. Kurangkan lauk yang berminyak, lebih sayur2.
7. Ambil tahu kalori makanan yang diambil
Saya tak exercise pun, so lambat sikit nampak hasilnya dan turun pun beberapa kilo saja tapi memang berhasillah.
This is after I have reduce some fatty in my body. Tehee.
April, 2012
April, 2013
That's all from me.
Assalamualaikum from,
Lia Fadhliah